SPEAKER 1

P. Geol Mohamed Asri Omar 
Geological Officer
Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan

sepaker 1 en asri

 
BIODATA

P. Geol Mohamed Asri bin Omar dilahirkan pada Januari 1971 di Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Mnedapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa, Selising, seterusnya  ke Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Setelah itu memasuki Program Matrikulasi MARA di MRSM Kulim dan Pusat Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Geologi/ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1995.

Pengalaman kerjaya beliau bermula pada 1995 sebagai Pengurus Perlombongan Emas secara heaplech di Asia Mining Sdn. Bhd., Ulu Sokor Gold ML1/1969, Mukim Sokor, Tanah Merah, Kelantan. Pada tahun 1997-1998, beliau  menjalankan eksplorasi bersama Syarikat TRA Mining Sdn. Bhd, Ulu Sokor Gold di ML1/1969, Mukim Sokor, Tanah Merah, Kelantan. Seterusnya, pada tahun 2000-2002 berkerjaya sebagai Ahli Geologi Penerokaan di Syarikat Pulai Mining Sdn. Bhd., di Gua Musang, Kelantan.

Setelah berkecimpung di dalam industri selama hamper 10 tahun, beliau kemudiannya ditawarkan jawatan sebagai  Pegawai Kajibumi  di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pada Oktober 2003 dan sekarang sebagai Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dalam unit sumber mineral. 

Dari sudut pengiktirafan kepakaran, beliau mempunyai kelayakan Profesional LEMBAGA AHLI GEOLOGI MALAYSIA (PG 659). Beliau juga aktif menyertai dan memberikan kursus dalam dan luar negara.  Antara kursus mineral di luar negara yang diikuti ialah The 2019 CAMPETC Training Program di NANNING, GUANGXI, PRC CHINA (Okt –Nov 2019), Regular Training Course on Exploration and Development of Mineral Resources di KIGAM, Korea Selatan (Apr-mei 2016) serta terlibat PROGRAM ORANG KITA (SEMPORNA, SABAH) oleh RTM yang disiarkan pada 2012, Persidangan Geologi dan lain-lain.

Selain itu, beliau terlibat secara langsung di dalam beberapa jawatankuasa peringkat JMG seperti Pasukan kerja penerbitan peta Sumber Mineral, Pasukan penialaian & pemetaan Sumber Mineral, Pegawai Projek Sumber Mineral, Pegawai Projek Sumber Nadir Bumi, AMDIS DATA MINERAL ASEAN, Pegawai Perlaksanaan Program Penilaian Outcome Projek RMKe-11 ( PROJEK SURVEI GEOFIZIK AWANGAN DI WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER), Jawatankuasa Teknikal Projek Kajian Potensi Mineral Strategik ke arah pengurusan sumber yang mampan  (MST) serta jawankuasa yang lain.